Thursday 15 May 2014

Kejohanan Futsal Zon Tutong II

SRPKBB II pada tahun ini telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi kejohanan futsal sekolah-sekolah rendah zon Tutong II. Kejohanan berlangsung selama tiga hari bermula pada 13 Mei 2014 hingga 15 Mei 2014. Sebanyak 12 pasukan telah menyertai kejohanan tersebut dan dibahagikan kepada dua kumpulan. SRPKBB II termasuk di dalam Kumpulan B bersama pasukan dari SR Bukit Udal, SR Kg Bukit, SR Lubok Pulau, SR Danau dan SR Tumpuan Telisai yang berlangsung pada 14 Mei 2014.

Pasukan sekolah telah berjaya mara ke peringkat suku akhir dengan menentang pasukan dari SR Panchong dari kumpulan A. Dari perlawanan itu pasukan sekolah tewas tanpa jaringan berbalas 1. Pasukan sekolah kemudian menentang pasukan dari SR Tumpuan Telisai untuk mencari tempat ketiga dan keempat. Dari perlawanan itu juga pasukan sekolah sekali lagi tewas di tangan SR Tumpuan Telisai tanpa jaringan berbalas 2. 

Walaubagaimanapun, pasukan futsal sekolah telah menunjukkan corak permainan yang sangat baik dan bersemangat tinggi di sepanjang perlawanan saringan demi mara ke peringkat suku akhir. Pada tahun ini juga pasukan telah menunjukkan kemajuan yang jelas dari tahun sebelumnya. 

Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada jurulatih pasukan, Cikgu Abdul Azim, Ustaz Mohd Sharon, Cikgu Ong dan Cikgu Siring di atas latihan dan semangat yang diberikan kepada pemain dan juga kepada semua AJK kejohanan yang terlibat secara langsung ataupun tidak. Pihak sekolah juga ingin berterima kasih kepada semua pemain kerana telah bertungkus lumus demi mencapai kejayaan yang disandang. Semoga akan terus dan lebih berjaya di masa akan datang.

AJK yang bertugas di Kompleks Sukan Tutong

                     Para pemain 

   Bersama jurulatih, Cikgu Abdul Azim

   Bersama jurulatih, Ustaz Mohd Sharon

       Persembahan pelajar SRPKBBII

Bergambar ramai bersama Tetamu    Kehormat

Tetamu Kehormat diperkenalkan kepada pemain.

            Pemain sedang beraksi

Sebelum perlawanan menentang SR Panchong

Salah seorang pemenang cabutan nombor bertuah 😊








       Maju Sukan Untuk Model School!








~ita297~






No comments:

Post a Comment