Thursday 8 May 2014

Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah Rendah Tutong II

7/4/14 Hari ini telah berlangsung Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Tutong II peringkat akhir yang dijalankan di Padang dan Balapan Kompleks Sukan Tutong. Sekolah diwakili oleh 22 orang pelajar dalam beberapa acara padang dan trek.

Wakil sekolah telah memenangi beberapa acara padang dan trek. 
Adi Putra johan bagi acara lontar peluru.

Nurul Afiqah naib johan bagi acara lontar peluru dan lontar cakera.

Nurul Amisha naib juara bagi acara lompat jauh. 

Mohd Daniel naib juara bagi acara 400m lelaki. 

Naib juara bagi acara 4x100m perempuan yang diwakili oleh Nursyazwani Johaney, Nursyazwani Morni, Norhamizah dan Nurul Amisha.

Kesemua pemenang akan dibawa ke peringkat negara pada masa yang akan ditetapkan nanti. Tahniah diucapkan atas kejayaan yang dijulang dan terima kasih kerana telah mengharumkan nama sekolah. 

Maju Sukan untuk Sekolah Contoh! 


~ita297~







No comments:

Post a Comment