Monday 28 July 2014

Majlis Khatam Al Quran sempena Bulan Ramadhan 1435H

17/7/14 Sekali lagi pihak sekolah telah mengadakan Majlis Khatam Al Quran bagi Guru-Guru, Kakitangan dan Ibubapa/penjaga bagi tahun 1435H bersamaan 2014M. Majlis telah dijalankan di Dewan Serbaguna SR PKBB 2. Ketua Kampong Bukit Beruang, Awang Ahmad bin Aman, telah dijemput sebagai tetamu kehormat majlis.

     Peserta-peserta khatam bagi tahun     1435H/2014M 




Majlis Khatam Al Quran merupakan majlis tahunan yang diadakan sempena Bulan Ramadhan. Tahun ini merupakan kali ketiga sekolah mengadakan majlis sepertinya. Selain itu, pada tahun ini sekolah juga mengadakan Solat Sunat Dhuha pada setiap pagi dan diselajurkan dengan majlis bertedarus. Alhamdulillah, semua yang dirancang dapat dijalankan dengan baik. 

Semoga apa yang dilakukan di dalam bulan Ramadhan ini akan mendapat rahmat dariNya jua. Aamiin.. Hingga berjumpa di Ramadhan akan datang, Insya Allah.. 


⭐️ita297⭐️